JIM



Malam Secangkir Budi

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SRI/SMI Al Amin Kemaman akan menganjurkan

Malam Secangkir Budi SRI/SMI Al Amin Kemaman 2009 bertempat di Dewan Samudera, INTAN Wilayah Pantai Timur, Kemaman pada 10 Julai 2009.

Malam Amal kali ini akan dimeriahkan oleh persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid yang tidak asing lagi di tanah air kita iaitu kumpulan Rabbani. Turut sama diperkenalkan pada malam tersebut adalah kumpulan nasyid dari SMIAA Kemaman iaitu kumpulan Shoutul Iman.

Malam Amal ini adalah satu lagi usaha PIBG SRI/SMI Al Amin Kemaman untuk tabung Pusat Pembangunan Pusat Pendidikan Al Amin Kemaman. Kini pihak PIBG SRI/SMI Al Amin Kemaman sedang berusaha membangunkan padang serbaguna dan bola sepak untuk kemudahan pelajar di sekolah.

  1. Hj Zameran Jusoh (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan JIM Terengganu) – 012-9835577,
  2. Hj Khairudin Mohamad (Pengarah Program) – 019-9835045,
  3. Hj Mustafa Yusof (Penasihat Program) – 019-9157178,
  4. SRI/SMI Al Amin Kemaman – 09-8683776

Setiap kerusi dijual pada harga RM100 dan bagi setiap meja pula ialah RM1000.

Pihak PIBG sekolah merayu sumbangan dari para dermawan,tokoh korporat dan sesiapa sahaja untuk tujuan murni ini. Sila hubungi pihak sekolah untuk maklumat lanjut. Sekian.

 
Banner