JIM



Sidang Media Sempena Sambutan Hari Ibu

Adalah dimaklumkan, Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM) akan mengadakan Sidang Media Sempena

Sambutan Hari Ibu pada:

Hari Jumaat , 8 Mei 2009
Masa 9.30 pagi
Tempat Bilik Islah, Pusat Komuniti JIM, Lot 300.2 Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, KL.
Isu
  1. Tuntutan Wanita JIM terhadap pihak berwajib di dalam menangani isu moral dan nilai yang semakin membarah di kalangan masyarakat oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj (Ketua Wanita JIM Pusat)
  2. Hebahan Program Sempena Hari Ibu:

    Wanita, Keluarga & Kerjaya: Mengurus Keseimbangan

    Tema: Utamakan Keluarga!
  3. Memperkenalkan buku "Ibu Madrasah Pertama Ku"

Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput wakil dari pihak tuan/puan untuk menghadiri sidang media tersebut.

Klik di sini untuk mendapatkan peta ke tempat sidang media. Jika terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan boleh menghubungi pejabat di talian 03-41073379.

Semoga kita bersama-sama akan mendapat manfaat daripada sidang media yang akan diadakan.

Terima Kasih.

Kenyataan Media Wanita JIM Sempena Hari Ibu Sedunia
 
Banner