Hulu Langat - Pada 23 hingga 25 November 2009 yang lalu, Jawatankuasa Pembangunan Remaja & Belia JIM Pusat dengan kerjasama Kelab Remaja JIM (KRJ) Kuala Lumpur telah berjaya mnganjurkan Ekspedisi Remaja Kental (X-ReK) 2009 bertempat di Impian Country Resort di sini.
X-ReK merupakan salah satu program di bawah Projek Dua Tahun Remaja Cemerlang (PRODUCE) yang telah sampai ke generasi kelima (PRODUCE Gen5).
Jumlah keseluruhan pserta X-ReK 2009 ini adalah seramai 136 orang (71 lelaki & 65 Perempuan), yang datang dari seluruh Malaysia (kecuali Sabah dan Sarawak) Malang bagi kontinjen KRJ Kelantan yang terkandas tatkala dalam perjalanan ke X-ReK akibat tanah runtuh dan keretapi tidak dapat meneruskan perjalanan.
Pelbagai program yang sinonim dengan remaja telah disusun oleh pihak penganjur, antaranya slot "Izinkan Aku Mengenalimu", Obstacles, "nike wok" (night walk), malam kebudayaan, Jalan-jalan Rimba, pengisian kisah sahabat, "
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
" dan sukan kampung.
Upacara perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah KRJ Kuala Lumpur iaitu saudara Mohd Hafiz Abdul Hamid.













