JIM



"Majlis Kesyukuran & Penegasan Iltizam"

hadirin
Alhamdulillah pada 7 Ogos yang lalu, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) telah mengadakan Majlis Kesyukuran & Penegasan Iltizam bertempat di Pusat Komuniti JIM, Pusat Bandar Melawati. Objektif utama majlis ini adalah bagi melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t. yang telah membantu membebaskan 20 orang ahli JIM yang menjadi mangsa tahanan polis (TAPOL) ketika perhimpunan Aman Mansuhkan ISA 1 Ogos yang lalu. Di samping itu juga, majlis ini merupakan satu titik permulaan bagi para tahanan untuk terus teguh dan beriltizam dalam meneruskan perjuangan Islam.

tnsyedProgram yang dihadiri lebih daripada 70 orang ahli JIM ini turut dihadiri oleh Presiden JIM Tn Haji Zaid Kamaruddin, Timb Presiden JIM Tn Hj Syed Ibrahim Syed Noh, Setiausaha JIM Tn Hj Nahar Md Nor serta beberapa pimpinan tertinggi JIM yang lain. Majlis telah dimulakan dengan sedikit juadah makan malam. Majlis Kesyukuran & Peneguhan iltizam ini kemudian disambung dengan ucapan daripada Presiden JIM dan disusuli dengan ucapan semangat Timb Presiden JIM yang juga selaku Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Majlis kemudian diteruskan dengan perkongsian oleh dua orang wakil TAPOL iaitu Pn Hajjah Hamidah Karim dan diikuti oleh Saudara Marwan Bin Abdullah. Perkongsian yang ringkas dan padat itu sedikit sebanyak telah menjadikan majlis pada malam itu penuh bermakna. Selain daripada perkongsian melalui lisan, turut diadakan sedikit perkongsian multimedia yang disediakan oleh keluarga Hj Ariffin Saidin (Suami Hajjah Hamidah Karim) & persembahan multimedia dari lensa JIMedia.

noisaBagi menghargai jasa dan pengalaman serta meneguhkan lagi iltizam serta semangat para TAPOL, pihak penganjur telah memberikan sedikit cenderahati berupa mafla MANSUHKAN ISA kepada semua TAPOL yang diraikan pada malam tersebut. Majlis pada malam itu diakhiri dengan bacaan doa oleh Saudara Mohd Hafiz Abd Hamid yang juga salah seorang TAPOL yang diraikan pada malam tersebut.

Semoga Majlis Kesyukuran & Peneguhan Iltizam ini menjadi satu bukti bahawa ukhuwah dan mahabbah antara ahli JIM tiada tolok bandingannya.

 

 
Banner