Profail JIM Visi & Misi JIM Jawatankuasa Pusat JIM Struktur Organisasi JIM Wanita JIM JIM Negeri/ Daerah Perhubungan
Laman Utama
 
 
 
 
Senarai Arkib Ucapan Presiden
  Setiausaha Agung
Ramadhan – Bulan Tarbiah, Dakwah dan Jihad
12/09/2007

 

Ramadhan 1428 akan tiba esok..bulan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh mereka yang mencari kelebihan.
 
Tazkirah subuh yang disampaikan oleh Hj Ir Jamaluddin Abdullah, TYDP JIM Pulau Pinang semasa Perkasa 2007 pada pertengahan Ogos lepas, masih segar di ingatan. Antara kandungan tazkirahnya adalah agar kita mengoptima dan memaksimakan hasil daripada setiap amalan yang kita lakukan. Contoh yang diberikan adalah berkaitan dengan solat bersendirian dan solat berjamaah – di mana seseorang itu melakukan gerak laku yang sama tetapi hasil yang diperolehi amat jauh berbeza.
 
Ramadhan adalah juga bulan yang penuh dengan kerahmatan Allah swt. Suasana yang amat kondusif untuk beramal serta hasil yang dijanjikan amat berlipat ganda.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud: “Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.” (Sahih Muslim)


Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan tarbiah- bulan untuk mendidik jiwa dan peribadi bagi meningkatkan mertabatnya. Bulan yang memberi peluang untuk kita mencapai suatu tingkatan baru dalam usaha menjadi orang-orang yang bertaqwa.
 
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” Maksud Surah Al-Baqarah, ayat 183
 
Ramadhan adalah juga bulan dakwah dan jihad. Meneliti seerah ar Rasul saw. serta membaca kisah pahlawan-pahlawan terkenal seperti Khalid Al Walid, Ikrimah Abu Jahal, Tariq bin Ziad, Salahuddin Al-Ayyubi (semoga Allah swt merahmati mereka semua), amat menginsafkan kita betapa dakwah dan jihad tidak pernah berhenti meskipun pada bulan Ramadhan…malah mereka seolah-olah mendapat semangat baru pada bulan Ramadhan untuk meneruskan jihad mereka.
 
Jesteru itu pemahaman bahawa Ramadhan adalah bulan tarbiah bagi medidik jiwa cuma…dakwah dan amal perlu diperlahankan..adalah tidak bertepatan dengan amalan Ar Rasul saw dan para sahabat ra.
 
Hidup mereka yang telah berazam untuk mewaqafkan diri untuk dakwah dan perjuangan tentulah tidak sama dengan hidup orang awam biasa. Dalam konteks bulan Ramadhan…tidak dapat berbuka puasa dan sahur bersama keluarga setiap hari kerana dakwah dan amal, sepatutnya bukanlah suatu isu besar…Tidak dapat solat tarawikh setiap malam di masjid atau surau yang kita paling selesa, kerana dakwah dan amal, adalah juga perkara biasa. Bagi kita, berbuka, bersahur dan bertarawikh di mana sahaja..lantaran usaha-usaha dakwah dan jihad kita..adalah amat terpuji…
 
Gambaran drama-drama Melayu tentang keluarga bahagia adalah keluarga yang sentiasa makan bersama dan suami isteri sentiasa berada di rumah bersama anak-anak..tidak menggambarkan sebuah keluarga pejuang yang sebenarnya…
 
Keluarga pejuang adalah keluarga yang penuh dengan pengorbanan…namun keluarga itu juga disirami dengan nur Ilahi dan tumbuh segar dalam suasana kasih sayang dan saling menyayangi…

Moga Allah swt jadikan kita orang yang berusaha menjadikan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas..

 

Selamat menghayati Ramadhan al Mubarak 1428H!!! 


Wassalam
 
Nahar Md Nor
30 Syaaban 1428
12 September 2007
 
 
 
 
 

 














Sabtu 11.10.2008 9.10.1429
Subuh : 5:43 AM  
Syuruk : 6:57 AM  
Zohor : 1:00 PM  
'Asar : 4:15 PM  
Maghrib : 7:03 PM  
Isya' : 8:09 PM  
Kuala Lumpur sahaja

Profail JIM

Institusi JIM

JIM Negeri/ Daerah

Hyperlink Pilihan

Borang Online

Lain-lain


Senarai Laman Web JIM
Senarai Blog JIM
Lain-lain
Laman Web / Blog Aktivis JIM
Menu Utama Website Korporat JIM
JIM: Profail
JIM: Jawatankuasa
JIM: Institusi
JIM: Negeri
JIM: Daerah
JIM: Pelbagai

Sila hantarkan komentar, cadangan dan sebarang maklum balas anda ke corpcomm@jim.org.my.
---------------------------------------
Admin Panel
 
www.hidayahcentre.com