Profail JIM Visi & Misi JIM Jawatankuasa Pusat JIM Struktur Organisasi JIM Wanita JIM JIM Negeri/ Daerah Perhubungan
Laman Utama
 
 
 
 
Senarai Arkib Ucapan Presiden
  Ketua Wanita
PERKONGSIAN : Pengalaman Penyerahan Memorandum Bantahan ke Kedutaan US
07/07/2006
Salam

Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan rombongan WJIM semalam menghantar memorandum kepada wakil kedutaan US di LUAR pagar kedutaan tepat jam 10.20 pagi. JZKK kepada Roha dan Anfal selaku SUK & PSUK WJIM yang turut sama, mengusahakan penyerahan tersebut dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang singkat. JZKK juga kepada kepimpinan WJIM Negeri

dan Daerah2 KL, juga WJIM Ampang Jaya & Gombak, yang turut sama memegang banner ` STOP THE WAR - No more KILLING & RAPING! Syukur kepada Allah, kerana di saat akhir sempat mendapatkan persetujuan 3 organisasi lain - MPF, ABIM & Int. Muslim Women Union - Malaysian Chapter utk. dimasukkan sekali nama mereka! So, bukan hanya WJIM yang punya memo- ianya adalah satu usaha kolektif bersama. An of course! Akh Kebab sekarang dah dapat jawatan tak rasmi - menjadi `pen-deraf ' memo JIM dalam Bahasa Inggeris yang bahasanya power, pedas & sinis!!! JZKK daun keladi akhi, lepas ni guarantee mintak tolong lagi!:-))

Berita ttg penyerahan memo tersebut memang dah diketahui pihak keselamatan aka PDRM semenjak tengahari sebelum tu. Koperal Razali, SB dari IPD Cheras, suami kepada seorang staf HUKM yang menjadi pesakit ana menghubungi Dr.Har jam 3.00pm Selasa. Tapi tak dapat nak cakap panjang sebab tgh meeting. Malam tu jam 11.32pm, dapat sms - `Betul ke ada penyerahan memo ke kedutaan US esok, doktor? Sape yang datang?' Atas nasihat TimPres, ana buat tak layan jer.

Masa nak turun Kompleks JIM pagi tu, rasa macam nak turun gelanggang berperang. Dub,dub adalah sikit di dada - tapi kena kuatkan minda, kita bukannya di pihak yang salah! Yang `QUILTY until proven otherwise' adalah AS. Kerajaan AS kena diasak supaya merasa tertekan - dan ana yakin kehadiran 15 orang makcik-makcik dgn kereta sorong bayi berhimpun di depan gate kedutaan mereka bukanlah satu pemandangan yang ingin mereka lihat terpapar di dada akhbar!

True enough, kedutaan AS mesti dah warning PDRM. Sampai di tempat letak kereta bertentangan dgn Wisma Tan&Tan, ana nampak banyak kereta pereonda polis dgn kelip-kelap di bumbung terpasang, parking tepi jalan dekat gate kedutaan. Rasa macam VVIP pulak, ditunggu sedemikian rupa. Masa tu belum dapat news pasal confirmation nak pangkat tu! :-))))

So, ana pun berjalan menghampiri, jurugambar bergegas ambik gambar sambil ana led the rest of the akhawat. Ana memberitahu security guard Mr. Sugu, that we have an appointment at 10.30am. Dia kata - sekejap lagi ada officer mahu turun.

Seminit kemudian, muncullah Mr. Tom Daniels - officer at the Dept of Politics & Muslim Affairs dengan ramah menyapa ana. A six-footer from Texas, young ( early 30s) who is just here for the past 4 months. Had stayed in Afghanistan and Indonesia before coming to Malaysia. Beriya-riya dia meyakinkan ana yang kedutaannya amat gembira di atas kesudian kita menyerahkan memo ini dalam suasana aman, dan berjanji akan meneliti kandungannya dan akan memberikan maklumbalas.

Tom : We are happy that you all are coming and voice out your concern to us. After all, this is democracy! We want and need to hear what other has to say. We cannot suppress other's opinions

Dr.Har : Exactly Tom. By the way, this is my first time coming here to send you all a memo. Usually, it is the men who are doing this sort of business. However, once a woman was raped and then burned in Iraq by the invading party, whatever the reason was, we feel that we Muslim women in Malaysia MUST show our solidarity and not just sitting quiet! After all, Tom - you all must be kidding if you don't anticipate any response from us, eh!

Then Dr.har serahkan memo tersbut dgn menekankan tiga lagi organisasi yang Dr.Har wakili. Tom memberikan no. hp nya utk dihubungi sekiranya kita mahu mendengar sebarang penjelasan.

I am determined to follow up this - and we will meet them, eloknya dengan wakil-wakil NGO yang lain utk. dengar explaination mereka. Date belum ditentukan, tapi kita akan pastikan ianya berlaku jugak!

Lepas tu, kami bergambar dgn banner yang ada. Sikit punya effect tu, ada stroller baby kecil sebelah tu. Ana bacakan memo yang dierahkan kepada wakil Harakahdaily Rohayah dan Kurnia, dari BERNAMA. Tengah sedap bacakan memo, Tom Daniel keluar balik - dgn bahasa Indonesia yang tebalk slanga USnya - Ibu-ibu, mohon ketepi sedikit ya! Ini masih ramai orang mahu beratur ambik visa. Okaylah - kitapun gi tepi sikit, dekat dengan pondok polis. Then tepat jam 10.45pagi, Tuan Zainal dari PDRM, senyum-senyum kambing menunjukkan jam kepada Dr.Har, Maaf puan-puan, harap bersurai yer. Masa dah cukup. Ana jawab, memang dah nak bersurai pun. Kami nak balik masak nasik tengahari! Sempatlah juga seorang SB meminta call card ana - dgn penuh senang hati ana bagi. Sikit lagi tak tanya, nak saya autografkan ke?

Tulah secebis pengalaman utk perkongsian. Apapun, IZZAH rasa begitu mantap ketika berdepan dgn mereka ni - kita di pihak yang benar. Perlu apa kita takut!

Moga Allah SWT menerima sumbangan kerdil ini.

Dr.Har
 

   

Titah Presiden
Presiden JIM

Hj Zaid Kamaruddin

Apa Kata S/U?
Setiausaha Agung JIM

Hj Nahar Md. Nor

Wanita Bergerak Seiring!!
Ketua Wanita JIM

Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj Siraj


   
Laman Web Wanita JIM
Raudhatus Sakinah
wadahwanita.blogspot.com wanitajimceria.blogspot.com
jendelahikmah05.blogspot.com bicarakalbu.blogspot.com




   
 
 
     


   
Sabtu 11.10.2008 9.10.1429
Subuh Zohor 'Asar Maghrib Isya'
5:43 AM 1:00 PM 4:15 PM 7:03 PM 8:09 PM
*Untuk Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya


Downloadz

Sila hantarkan komentar, cadangan dan sebarang maklum balas anda ke corpcomm@jim.org.my.
Untuk berurusan dengan webmaster, sila tulis ke jimedia1@gmail.com

Admin Panel

   
 
 
     


 
www.hidayahcentre.com