Profail JIM Visi & Misi JIM Jawatankuasa Pusat JIM Struktur Organisasi JIM Wanita JIM JIM Negeri/ Daerah Perhubungan
Laman Utama
 
 
 
 


Perutusan Ketua Wanita

"Sayap wanita dalam JIM membina imej dan membentuk wanita Islam agar mempunyai identiti fundamental di sudut pegangan, kontemporari dalam pendekatan dan keupayaan memimpin yang tinggi serta professional".

Wanita JIM (WJIM) mempunyai keazaman yang tinggi untuk menjadi jurubicara yan berwibawa dalam isu-isu berkaitan dengan wanita dan remaja, terutamanya di kalangan wanita Islam yang sering menjadi perdebatan hangat di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Wanita JIM membuka ruang untuk semua wanita di negara ini, baik dari badan kerajaan dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (women NGOs) untuk bertemu, berkomunikasi, bekerjasama, bermuafakat dan mencapai persefahaman untuk kebaikan wanita seluruh negara tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sosio-politik atau ekonomi.

Dengan menganggotai pertubuhan ini diharapkan wanita Islam dapat meningkatkan diri menjadi wanita solehah, gemilang, unggul dan penuh keyakinan diri. Dilengkapi dengan sistem pembangunan insan dan latihan yang mantap, penyusunan organisasi yang didasarkan dengan profesionalisme dan keteguhan ukhuwwah, diharapkan dapat melahirkan pekerja, pelapis dakwah dan warganegara yang bertanggungjawab dan prihatin melalui contoh teladan yang baik melalui kerja-kerja kebajikan dan khidmat masyarakat.

Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj
Ketua Wanita Pusat
Sesi 2005-2007




Sejarah Ringkas Penubuhan

Penubuhan WJIM sebagai sayap wanita dalam JIM telah diluluskan semasa Perhimpunan Perwakilan Nasional Khas pada 28 Ogos 1993 di Kuala Berang, Terengganu Darul Iman. Mulai dari tarikh itu, WJIM telah diberikan bidang keterlibatan yang lebih luas dan struktur organisasi yang lebih berotonomi. Penyusunan khusus bagi WJIM ini merupakan satu langkah yang berupaya mengembangkan segala potensi yang ada di kalangan ahli-ahli WJIM.


Visi

Menjadi pemimpin wanita yang fundamental, komtemporari dan profesional berasaskan Islam.


Misi

Wanita JIM mendokong misi JIM Pusat melalui:
1.
Sistem tarbiah dan pembangunan sumber manusia yang mantap
2.
Ilmu dan kemahiran yang berpandukan asas yang sahih
3.
Organisasi yang tersusun.


Objektif

1.
Menyediakan program pembangunan insan dan latihan kepimpinan kepada wanita
2.
Mewarwar dan Mengurus Pusat Perlindungan Remaja Puteri, Raudhatus Sakinah
3.
Memartabatkan sistem pendidikan pra-sekolah berlandaskan Islam dengan menguruskan Rangkaian Tadika Amal (aliran Melayu) , Hidayah dan Husna (aliran Inggeris)
4.
Menggerakkan Agenda Wanita untuk Perubahan (Women's Agenda for Change)
5.
Membina jaringan dengan badan-badan wanita Islam dan bukan Islam yang lain


Organisasi

INDUK

Ketua Wanita
Harlina Halizah binti Hj. Siraj (Dr.)
harlina.siraj@gmail.com
harlina@mail.hukm.ukm.my


Timbalan Ketua Wanita
Hafidzah binti Mustakim (Dr.)
unaim@tm.net.my
drhafidzah@yahoo.com.my


Setiausaha Kehormat
Roha binti Hassan
roha_hassan@yahoo.com
rohahassan@geoinfo.com.my


Bendahari
Fairuzana Haneem binti Mohamed Ali
fairuzana@uniten.edu.my

Penolong Setiausaha Kehormat
Pn Anfal Saari
akosilah@yahoo.com

Ahli Jawatankuasa

Penulisan & Penerbitan
Endok Sempo binti Mohd Tahir (Ir, Hjh)
endok02@yahoo.com
endok02@streamyx.com


Dakwah & RS
Rosmawati binti Zainal (Hjh)
ummiroses@yahoo.com

Pembangunan Sumber Manusia
Suriyakhatun binti Osman (Dr., Hjh)
jebat56@streamyx.com

Tarbiyyah
Siti Marhamah binti Abdul Wahid (Ustzh, Hjh)
ummusofiah@yahoo.com

Pembanngunan Dana
Mas Ahmah binti Jonid
masjonid@yahoo.com.my
masjonid68@yahoo.com.sg


Penyelidikan & Pembangunan
Nor ’Aini binti Yusof (Dr.)
norainy@gmail.com

IPT
Siti Hamisah binti Manan
ummu_anis@yahoo.com

Ahli Jawatankuasa
Roselainy Abdul Rahman
roselainy@netscape.net
roselainy@yahoo.co.uk


Ahli Jawatankuasa
Faridah Maludin
fmkci@streamyx.com


Perhubungan

Wanita JIM boleh dihubungi melalui :-

Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Lot 300.3, Lrg Selangor, Pusat Bandar Melawati 53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-4107 3379 Fax: 03-4107 1754


Lagu Wanita Gemilang

Lembut dan sopan gerak langkahmu
Lambang mu'minah dan kewanitaan
Tangkas menyahut cabaran waktu
Ciri-ciri wanita gemilang

Dalam kelembutan ada semua
Keyakinan dan sifat kepimpinan
Dalam keluarga dan rumah tangga
Engkau isteri dan ibu teladan

Mesra ceria di dalam bekerja
Kemas ikhlas dalam persatuan
Membawa Islam kita mengorak langkah
Wanita JIM bersama masyarakat

c/o
Berserah pada Allah
Yakini Rasulullah
Peribadi solehah
Berbakti pada insan
Suburkan kasih sayang
Kekalkan kemesraan

Mari sambut seruan
Mari berpimpin tangan
Kita mara ke depan
Teruskan perjuangan
Didik anak warisan
Pemimpin yang beriman



 
 
















Selasa 9.02.2010 23.2.1431
Subuh : 6:10 AM  
Syuruk : 7:27 AM  
Zohor : 1:28 PM  
'Asar : 4:49 PM  
Maghrib : 7:29 PM  
Isya' : 8:37 PM  
Kuala Lumpur sahaja

Waktu Solat Kawasan Lain (Klik Sini)

Profail JIM

Institusi JIM

JIM Negeri/ Daerah

Hyperlink Pilihan

Borang Online

Lain-lain


Senarai Laman Web JIM
Senarai Blog JIM
Lain-lain
Laman Web / Blog Aktivis JIM
Menu Utama Website Korporat JIM
JIM: Profail
JIM: Jawatankuasa
JIM: Institusi
JIM: Negeri
JIM: Daerah
JIM: Pelbagai

Sila hantarkan komentar, cadangan dan sebarang maklum balas anda ke corpcomm@jim.org.my.
---------------------------------------
Admin Panel
 
www.hidayahcentre.com