Profail JIM Visi & Misi JIM Jawatankuasa Pusat JIM Struktur Organisasi JIM Wanita JIM JIM Negeri/ Daerah Perhubungan
Laman Utama
 
 
 
 


Pengoperasian Dakwah JIM: 2001 - 2003

Pada kedua-dua sesi 1999-2003, JIM dipimpin oleh Presidennya ketika itu, iaitu Prof. Dr. Hj. Mohamed Hatta Shaharom. Perubahan kepemimpinan juga berlaku kepada Wanita JIM yang kini dipimpin oleh Dr Harlina Halizah binti Hj Siraj @ Hj Ramli. Kedua-dua ahli akademik ini telah menyandang tugas sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Ketua Wanita JIM pada sesi-sesi sebelumnya.

Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) ke 13 JIM telah menyaksikan perubahan pucuk kepimpinan tertinggi JIM. Zaid Kamarudin telah menggantikan Bung Hatta sebagai Presiden JIM untuk sesi 2004-2005. Ketua Wanita JIM untuk sesi 2004-2005, masih terus disandang oleh Dr Harlina Halizah binti Hj Siraj @ Hj Ramli.

Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat JIM merupakan mereka yang datang dari pelbagai latar belakang dan juga mempunyai pelbagai kekuatan.

Di dalam melaksanakan amanah memimpin JIM, dakwah berasaskan prinsip (principle-centeredness) merupakan aspirasi perjuangan. Dengan motto “Bersama Islam Membina Masyarakat”, JIM menyediakan ruang seluas-luasnya untuk para ahli dan anggota masyarakat menyumbang ke arah pembaikan (Islah) diri, keluarga, masyarakat, negara dan ummah.

Oleh itu, JIM telah menempatkan dirinya di tengah masyarakat dengan penglibatannya dalam pelbagai aktivisme melalui potfolio Jawatankuasa Pusat seperti berikut:

 Budiman
 Jawatankuasa Dakwah (JKD)
 Jawatankuasa Kumpulan Akademia JIM (KAJI)
 JIM-Harapan
 JIM Antarabangsa
 JIM IPT
 JIM IT
 JIM Medic
 Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
 Kebajikan
 Kelab Korporat dan Usahawan JIM (KKUJ)
 Kelab Remaja JIM (KRJ)
 Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB)
 Politik Warga
 Raudhatus Sakinah (RS)
 Tarbiah-Pembangunan Sumber Manusia (TPSM)
 Ulama dan Undang-undang
 Unit Khidmat Nasihat Islah (UKNI)

Melalu jawatankuasa-jawatankuasa ini, medan dakwah adalah amat luas untuk ahli menyumbang dan masyarakat berkecimpung dan mendapat manfaat. Usaha pembaikan melalui relung-relung aktivisme ini bakal memberi impak jangka panjang yang positif kepada pelbagai sektor masyarakat.


JIM Masakini - Wanita JIM

Wanita JIM adalah komponen penting dalam organisasi JIM dan kian berpengaruh dalam memimpin pandangan umum masyarakat dalam isu-isu berkaitan dengan wanita. Sebagai sayap wanita dalam JIM, Wanita JIM membawa visi untuk “membina imej dan membentuk wanita Islam agar mempunyai identiti fundamental di sudut pegangan, kontemporari dalam pendekatan dan keupayaan memimpin yang tinggi serta professional".

Objektif-objektif utama aktivisme Wanita JIM ialah untuk:
 Menyediakan program pembangunan insan dan latihan kepimpinan kepada wanita;
 Mewarwar dan Mengurus Pusat Perlindungan Remaja Puteri, Raudhatus Sakinah;
 Memartabatkan sistem pendidikan pra-sekolah berlandaskan Islam;
 Menggerakkan Agenda Wanita untuk Perubahan;
 Membina jaringan dengan badan-badan wanita Islam dan bukan Islam yang lain.

Wanita JIM membuka ruang untuk semua wanita dari badan kerajaan dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (women NGO) untuk bertemu, berkomunikasi, bekerjasama, bermuafakat dan mencapai persefahaman untuk kebaikan wanita seluruh negara tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sosio-politik atau ekonomi dalam kehidupan.

<< | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | >>
 














Ahad 23.11.2008 23.11.1429
Subuh : 5:42 AM  
Syuruk : 7:01 AM  
Zohor : 1:01 PM  
'Asar : 4:24 PM  
Maghrib : 7:01 PM  
Isya' : 8:11 PM  
Kuala Lumpur sahaja

Waktu Solat Kawasan Lain (Klik Sini)

Profail JIM

Institusi JIM

JIM Negeri/ Daerah

Hyperlink Pilihan

Borang Online

Lain-lain


Senarai Laman Web JIM
Senarai Blog JIM
Lain-lain
Laman Web / Blog Aktivis JIM
Menu Utama Website Korporat JIM
JIM: Profail
JIM: Jawatankuasa
JIM: Institusi
JIM: Negeri
JIM: Daerah
JIM: Pelbagai

Sila hantarkan komentar, cadangan dan sebarang maklum balas anda ke corpcomm@jim.org.my.
---------------------------------------
Admin Panel
 
www.hidayahcentre.com