Kepimpinan awal JIM telah membahagikan tahap pengoperasian dakwah JIM dalam beberapa fasa. Untuk fasa pertama ini, JIM telah meletakkan dua objektif dasar yang sekali gus merupakan Objektif Lima Tahun JIM yang merangkumi usaha:
| i. |
memimpin dakwah dan perubahan; dan |
| ii. |
mempopularkan perjuangan menegakkan syariah. |
Beberapa contoh natijah dalam bentuk pengoperasian adalah:
penggunaan WAJA Card serta rangkaian Tadika Amal anjuran Wanita JIM, Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Menengah Islam Al-Amin dengan kurikulum bersepadunya, Unit Kaunseling Islah, Kelab Korporat dan Usahawan JIM, Kelab Remaja JIM, Akademi Islah Malaysia, JIM Outdoor-Venture, dan JIM HRD.
Fasa 1991-1995 telah berjaya menempatkan JIM dalam arus perdana masyarakat dengan agenda-agenda kerjasama dan perhubungan, pendidikan, remaja dan dinamisme wanita muslimah.