Remaja hari ini terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang menyebabkan mereka mudah terjerumus ke dalam aktiviti kurang sihat sama ada secara langsung atau sebaliknya. Ramai di kalangan mereka menjadi mangsa penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya.
Sehubungan itu, Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial ini. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.
RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). RS merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja. RS telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Objektif
Membimbing remaja menghayati Islam sebagai cara hidup.
Membantu remaja membina semula keyakinan diri.
Membantu remaja meneruskan kehidupan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Carta Organisasi
Pengendali Raudhatus Sakinah terdiri dari tenaga pembimbing yang berpengalaman dan mahir dalam bidangnya:
Pengerusi Lembaga Pengarah Induk • Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj
Pengarah • Pn Rosmawati Zainal
Pengerusi RS Selangor • Dr Ruziaton Hasim
Pengerusi RS Kelantan • Dr Zaharah Sulaiman
Pengerusi RS P Pinang • Pn Mardiana Abd Rahim
Khidmat & Bimbingan
Bimbingan Kerohanian
• Fardhu Ain • Al-Qur’an • Hadith • Bimbingan Mukmin • Akhlak • Aqidah • Doa • Sirah Nabi
Bimbingan Bina Diri
• Kaunseling Individu dan Kelompok • Motivasi • Jati Diri
Riadah, Rekreasi dan Kesenian
• Senaman • Rehlah • Outdoor Games • Nasyid
Kemahiran Diri
• Komputer • Masakan • Jahitan • Kraftangan
Aktiviti Sampingan
• Memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada remaja yang memerlukan. • Program Outreach:
• Mengadakan siri-siri ceramah di Sekolah, IPTA dan IPTS.
• Menyebarkan risalah-risalah bimbingan kpd masyarakat sbg usaha pencegahan.
Syarat Kemasukan
• Remaja perempuan berumur antara 12-25 tahun. • Beragama Islam dan warganegara Malaysia. • Mangsa gejala sosial seperti: penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya. • Bebas dari kes undang-undang dan penyakit kronik. • Bersedia merubah diri dan menjalani bimbingan sekurang-kurangnya selama setahun di RS.
Alamat Cawangan RS
• RS Kelantan
Lot 314, Bangunan KOSRI
Lorong Merican, Off Jalan Telipot
15150 Kota Bharu, Kelantan
Tel: 09-7449162
H/P: 013-9964077
• RS Selangor
Lot 300.2 Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-41073379
Faks: 03-41071754
• RS Pulau Pinang
No.64 Tingkat 2 Lebuh Bukit Kecil 1
11900 Taman Sri Nibong
Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel: 04-6452740
Faks: 04-6452740
Selamatkan Satu Jiwa
Derma atau sumbangan amat diperlukan untuk menampung kos pembiayaan dan pengurusan RS. Melalui sumbangan ini juga lebih ramai remaja yang menjadi mangsa gejala sosial berpeluang mendapat perlindungan dan bimbingan di RS. Sumbangan yang diperlukan adalah seperti berikut:
• Kewangan • Peralatan • Makanan Asas • Tenaga Pembimbing Sukarela
Program "Selamatkan Satu Jiwa" ini membuka ruang kepada masyarakat untuk membantu menyumbang secara bulanan bagi kehidupan seorang remaja yang mahu dibimbing kembali menghayati Islam.
Dapatkan borang sumbangan dan pamplet pengenalan RS (format pdf) di sini: Muka Luar Muka Dalam
WANITA JIM RAUDHATUS SAKINAH
Bank Muamalat Taman Melawati
No Akaun: 14030000499716
Keterangan Lanjut
Pusat Bimbingan Remaja Puteri
RAUDHATUS SAKINAH
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Lot 300.2, Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati, 53100 K Lumpur
Senarai Laman Web JIM
Senarai Blog JIM
Lain-lain
Laman Web / Blog Aktivis JIM
Menu Utama Website Korporat JIM
JIM: Profail
JIM: Jawatankuasa
JIM: Institusi
JIM: Negeri
JIM: Daerah
JIM: Pelbagai
Sila hantarkan komentar, cadangan dan sebarang maklum balas anda ke corpcomm@jim.org.my.
--------------------------------------- Admin Panel