Profail JIM Visi & Misi JIM Jawatankuasa Pusat JIM Struktur Organisasi JIM Wanita JIM JIM Negeri/ Daerah Perhubungan
Laman Utama
 
 
 

 
 
krj.jim.org.my


Pengenalan KRJ

Kelab Remaja Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia atau lebih dikenali sebagai KRJ telah ditubuhkan pada tahun 1993. Ia ditubuhkan sebagai sebahagian daripada aktiviti Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) khusus mengenai remaja. KRJ mempunyai cawangan hampir di semua negeri di Malaysia.

Di peringkat nasional KRJ berada di bawah Jawatankuasa Pembangunan Remaja JIM. Sementara di peringkat negeri, KRJ diketuai oleh Pengarah KRJ Negeri dan di peringkat daerah pula KRJ diketuai oleh Pengurus KRJ Daerah. Dalam perlaksanaan aktivitinya KRJ mengutamakan pembentukan remaja Islam yuang bertaqwa dan berwawasan melalui bimbingan yang komprehensif, seimbang dan berterusan. KRJ juga bersedia untuk mengadakan permuafakatan dengan mana-mana institusi yang seiring untuk sama-sama membentuk remaja Islam yang bertaqwa dan berwawasan.


Matlamat KRJ

Matlamat KRJ ialah untuk membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh, bertaqwa, 'soleh wa musleh', berwawasan dan berkepimpinan tinggi melalui bimbingan yang komprehensif, seimbang dan berterusan. bagi mencapai matlamat ini KRJ telah menggariskan objektif-objektif umum seperti berikut:

 Membina generasi remaja kini untuk mengisi kepimpinan masa depan.
 Membina generasi remaja yang perihatin serta dapat memberi sumbangan terhadap
   kesejahteraan dan kemakmuran ummah dan negara.
 Mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu serta mampu
   mencapai kesejahteraan diri.
 Melahirkan generasi yang berwawasan, berakhlak mulia dan dinamik.


Syarat Keahlian

 Keahlian KRJ terbuka kepada semua remaja Islam yang berumur antara 12 hingga
   19 tahun.
 Mengisi borang keahlian serta mendapat kebenaran daripada ibubapa/penjaga.
 Membayar wang pemprosesan.


Aktiviti

 Bimbingan Agama
 Bimbingan Akademik
 Bimbingan Kerjaya
 Komputer dan IT
 Perkhemahan dan Outdoor
 Sukan dan Rekreasi
 Latihan Kepimpinan
 Kemahiran Hidup/ Kendiri
 Seni dan Kebudayaan
 Penerbitan


Etika KRJ

 Berakhlak mulia, berdisiplin dan bercita-cita tinggi
 Menghormati pemimpin, ibubapa, guru dan orang yang lebih tua
 Berusaha memperbaiki diri dan menambah ilmu
 mempunyai semangat perikemanusiaan
 Menyayangi dan memelihara alam ciptaan Allah s.w.t.


Jom KRJ

KRJ mempelawa sesiapa sahaja dan di mana sahaja yang memenuhi syarat keahlian untuk menjadi ahli baru KRJ. Faedah menjadi ahli KRJ adalah seperti berikut:

 Berpeluang menghadiri aktiviti yang dikelolakan oleh KRJ atau secara usahasama
   dengan badan lain.
 Mendapat bimbingan yang berterusan untuk peningkatan kualiti diri dan akademik.
 Berpeluang menonjolkan bakat, kepimpinan dan mengembangkan idea melalui
   aktiviti yang dijalankan.
 Berpeluang berinteraksi dan berkongsi maklumat dengan ahli KRJ yang lain melalui
   risalah, Remaja Net dan Homepage KRJ.
 Berpeluang untuk merancang kerjaya dan kehidupan masa depan yang lebih baik.


 
 














Sabtu 11.10.2008 9.10.1429
Subuh : 5:43 AM  
Syuruk : 6:57 AM  
Zohor : 1:00 PM  
'Asar : 4:15 PM  
Maghrib : 7:03 PM  
Isya' : 8:09 PM  
Kuala Lumpur sahaja

Profail JIM

Institusi JIM

JIM Negeri/ Daerah

Hyperlink Pilihan

Borang Online

Lain-lain


Senarai Laman Web JIM
Senarai Blog JIM
Lain-lain
Laman Web / Blog Aktivis JIM

Sila hantarkan komentar, cadangan dan sebarang maklum balas anda ke corpcomm@jim.org.my.
Untuk berurusan dengan webmaster, sila tulis ke jimedia1@gmail.com
---------------------------------------
Admin Panel
 
www.hidayahcentre.com