Profail JIM Visi & Misi JIM Jawatankuasa Pusat JIM Struktur Organisasi JIM Wanita JIM JIM Negeri/ Daerah Perhubungan
Laman Utama
 
 
 

 
 
hidayah.jim.org.my


Latar belakang Penubuhan Hidayah Center

Sehingga kini, antara pertubuhan yang membantu saudara baru ialah, PERKIM, ABIM Outreach, Darul Fitrah, RICOI, Al Hunafa, Jabatan Agama Islam setiap negeri, HIKMAH di Sarawak dan USIA di Sabah. Walaupun bilangan pertubuhan banyak, tetapi ia masih tidak mencukupi kerana ramainya bilangan yang perlu diberikan perhatian. Oleh itu, seharusnya setiap badan Islam milik kerajaan mahupun NGO, perlu turut memberikan tumpuan terhadap usaha ini.

Atas kesedaran tersebut, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), di bawah Jawatankuasa Dakwah telah menubuhkan HidayahCentre, iaitu sebuah pusat sokongan untuk saudara baru. Tumpuan sokongan HidayahCentre adalah kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya samaada yang baru memeluk Islam atau pun yang telah lama tetapi masih memerlukan bantuan. Di samping itu, tumpuan juga akan diberikan kepada masyarakat orang asli yang dikenalpasti.


Fasa Pertama

Sebagai permulaan atau fasa pertama, khidmat HidayahCentre ini akan ditawarkan di tiga lokasi, satu daripadanya ialah di Pusat Komuniti JIM, Taman Melawati. Dua lagi lokasi ialah, dua buah rumah yang akan dijadikan sebagai “halfway house”. Untuk jangkamasa panjang, iaitu fasa seterusnya, satu kompleks akan didirikan untuk menawarkan semua khidmat yang telah dinyatakan di sebuah tapak yang telahpun ditawarkan oleh seorang dermawan.


Saudara Baru, Saudara Kita - Mereka Perlukan Sokongan

Memandangkan bilangan saudara baru bertambah setiap tahun. Adalah malang apabila ramai dari mereka kembali kepada agama lama kerana tekanan yang dialami ataupun kerana tiada sokongan.

Setiap saudara baru sangat memerlukan sokongan sebab ada kalanya mereka akan berhadapan dengan berbagai dugaan seperti:

 Tentangan dari keluarga seperti suami/isteri, ibubapa, adik-beradik dan lain-lain
 Kesukaran meninggalkan kebiasaan yang lama yang bertentangan dengan Islam
 Pandangan serong di tempat kerja dan masyarakat sekeliling
 Kesusahan menyesuaikan diri dengan cara hidup baru
 Penyisihan oleh teman dan rakan

Menyedari kesukaran dan cabaran yang bakal mereka hadapi, HidayahCentre akan berperanan dalam memberi bantuan dan sokongan yang sangat diperlukan oleh mereka iaitu:

 Menyediakan tempat perlindungan sementara
 Menyediakan pusat bimbingan ilmu bagi memantapkan iman
 Memmberi sokongan moral untuk berhadapan dengan keluarga dan masyarakat
 Memberi bantuan kewangan untuk yang memerlukan
 Lain-lain bantuan terutama kepada yang masih lagi mempunyai kerisauan
   dan keraguan setelah memeluk agama Islam


Hulurkanlah Bantuan...

Bagaimanapun, untuk HidayahCentre beroperasi, ia memerlukan suntikan kewangan bagi menampung pelbagai kos. Untuk fasa pertama, ia memerlukan dana untuk kos sewa rumah, pembelian perabut dan peralatan, ubahsuai rumah, pelbagai bil-bil, gaji tenaga kerja, elaun untuk saudara baru serta lain-lain kos. Manakala untuk fasa seterusnya, dana diperlukan terutamanya untuk projek pembinaan HidayahCentre.

Memandangkan HidayahCentre ini dikendalikan oleh sebuah NGO yang mempunyai sumber kewangan yang terhad serta tidak menerima sebarang geran atau bantuan kerajaan, ia sangat mengharapkan bantuan daripada badan-badan korporat, swasta, orang perorangan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menghulurkan bantuan.


Keutamaan Bersedekah

Petikan Ayat Al-Qur’an

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”
(Al-Hadiid: 18)

“Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda” (Ar-Ruum: 39)

Petikan Hadith

Dari Abu Huraira r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah ta’ala berfirman (dalam Hadith Qudsi) : “Infaqkanlah (hartamu), pasti engkau diberi nafkah (Harta oleh Tuhan)”. (Muttafaq ‘alaih)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidaklah sesuatu pemberian sedekah itu mengurangi banyaknya harta. Tidaklah Allah itu menambahkan seseorang akan sifat pengampunannya, melainkan ia akan bertambah pula kemuliaannya. Juga tidaklah seseorang itu merendahkan diri kerana mengharapkan keredhaan Allah, melainkan ia akan diangkat pula darjatnya oleh Allah ‘Azzawajalla.” (Riwayat Muslim)


Kata-kata Sokongan

“Ini adalah satu usaha murni yang dengan sukacitanya akan saya sokong”
Dr. Mazeni Alwi, Presiden, Muslim Professional Fellowship

“Saudara baru perlukan sokongan... kita perlu ada pusat sokongan yang sentiasa boleh dimanfaatkan”
Dato’ Mustafa Ma, Presiden, Malaysian Chinese Muslim Association

“Institusi yang memberikan sokongan kepada saudara baru adalah tidak mencukupi... Semua NGO perlu menubuhkan ‘halfway house’ untuk mereka. Selepas waktu pejabat, siapakah yang mahu bertanggungjawab membantu mereka yang memerlukan pertolongan?”
Muhammad Fitri Abdullah, Pengerusi, PERKIM Serendah


Motto

Saudara baru saudara kita, bantulah mereka

 


 
 
















Selasa 9.02.2010 23.2.1431
Subuh : 6:10 AM  
Syuruk : 7:27 AM  
Zohor : 1:28 PM  
'Asar : 4:49 PM  
Maghrib : 7:29 PM  
Isya' : 8:37 PM  
Kuala Lumpur sahaja

Waktu Solat Kawasan Lain (Klik Sini)

Profail JIM

Institusi JIM

JIM Negeri/ Daerah

Hyperlink Pilihan

Borang Online

Lain-lain


Senarai Laman Web JIM
Senarai Blog JIM
Lain-lain
Laman Web / Blog Aktivis JIM
Menu Utama Website Korporat JIM
JIM: Profail
JIM: Jawatankuasa
JIM: Institusi
JIM: Negeri
JIM: Daerah
JIM: Pelbagai

Sila hantarkan komentar, cadangan dan sebarang maklum balas anda ke corpcomm@jim.org.my.
---------------------------------------
Admin Panel
 
www.hidayahcentre.com